13 Julai 2014 - 13:32
Amerika, Britain sokong keganasan Israel terhadap Gaza

Amerika, Britain sokong keganasan Israel terhadap Gaza

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, Amerika dan Britain memberikan sokongan terhadap keganasan Israel di Gaza.

Selain itu, kedua-dua negara tersebut menurutnya tidak memperdulikan pemubunuhan orang awam yang dilakukan Tel Aviv di samping menyatakan sokongan secara rasmi.

Lebih dari 150 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak sepanjang serangan udara dan darat ke atas Gaza yang sudah masuk hari keenam.

Kuasa-kuasa dominasi dunia sedang menyokong kejahatan demi kepentingan masing-masing walaupun terpaksa berperang dengan kebaikan, kata pemimpin tersebut.

Rejim Tel Aviv telah menjalankan operasi menggempur semenanjung Gaza dalam satu lagi siri keganasannya pada hari Selasa lepas.

Sayap Hamas, Brigade al-Qassam telah menjawab serangan udara Israel dengan melancarkan roket ke beberapa kota pendudukan Palestin termasuk Tel Aviv dan Timur al-Quds.

Pada 21 November 2012 lebih 160 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dan kira-kira 1,200 yang lain cedera dalam serangan 8 hari Israel.

Semenanjung Gaza telah dikepung sejak 2007 sehingga mengakibatkan kemerosotan taraf hidup, peningkatan pengangguran dan kemiskinan yang tidak pernah terjadi dalam sebelum ini.